Hari ni merupakan hari terakhir saya bekerja sebelum cuti hari raya selama seminggu bermula esok 19.09.09 hingga 27.09.09. Suasana di tempat kerja pun agak sunyi sebab ramai yang dah mula bercuti sejak semalam...macam saya..badan je kat office tapi hati dan fikiran dah melayang terbang jauh ke kampung...memikirkan persiapan raya yang masih belum sempurna lagi...cadang nya petang ni nak balik kampung parit raja sekejap...nak pasangkan langsir mak and tolong kemas mana yang patut...and esok petang balik semula ke JB sebab tahun ni giliran beraya di rumah mertua...huhuhu....
So..di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan2 siber sama ada yang dikenali mahu pun tidak....semoga lebaran kali ini akan membawa seribu sinar kebahagiaan kepada kita semua. Berhati-hati ketika memandu dan sentiasa ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan kita di hari lebaran...biar lah kepulangan kita disambut dengan air mata kegembiraan...bukan air mata kedukaan...






No comments:
Post a Comment