Ermmm...lama nyer x update umah ni kan...ntah kenapa sejak2 puasa ni rase malas je nak menulis....tak tau la kenapa n mengapa...????
Pejam celik pejam celik...x sedar yang hari ni dah masuk 20 Ramadhan...makna nyer dah 20 hari kita berpuasa...n x lama lagi hari raya pulak bakal menjelma....maka masing2 akan sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari kemenangan bagi umat Islam di seluruh dunia...bagi yang masih bujang mungkin persiapan yang dibuat ala kadar sahaja...berlainan pula bagi mereka yang sudah berkeluarga...banyak perkara yang perlu difikirkan dan disediakan...lebih2 lagi kalau sudah mempunyai anak...biasanya persiapan yang dilakukan lebih kepada persiapan untuk anak2 sahaja...
Walau apa pun...dalam kita sibuk membuat persiapan menyambut hari lebaran...jangan kita lupa akan ibadat solat terawikh yang juga memasuki 10 malam terakhir ini...yang mana Allah swt telah menjanjikan satu malam yang membawa seribu keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda banyaknya berbanding malam2 yang lain...iaitu malam LAILATUL QADAR....malam yang ditunggu2 oleh semua umat islam....semoga dalam keghairahan kita membuat persediaan hari raya kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah swt untuk sama2 mendapat kenikmatan dan keberkatan malam LAILATUL QADAR yang kita tak akan tahu bila ia akan menjelma....
Bagi saya pulak...setakat ni persiapan untuk menyambut lebaran sudah hampir siap...pakaian untuk suami, Khalisa & diri sendiri sudah pun dibeli....kuih raya pulak cadangnya baru nak mula buat hujung minggu ni...sebelum ni sibuk menyiapkan kuih raya yang ditempah oleh customer saya....n memandangkan tahun ni adalah giliran untuk beraya di rumah mertua...so kalau boleh balik kampung hujung minggu ni saya akan cuba siapkan mana yang termampu untuk rumah mak saya kat kampung...kemas rumah...sapu habuk n sawang2...pasangkan langsir...gubahkan bunga...n kumpulkan stok2 kuih raya....Ya Allah..berilah aku kekuatan dan kesihatan yang baik supaya segala yang aku rancangkan ini dapat dilunaskan dengan baik....Amin....






No comments:
Post a Comment