Monday, September 28, 2009

Back to Work

Setelah seminggu bercuti sempena Hari Raya..maka hari ni kena mula kerja balik la eh...malasss nya nak g kerja...rasa mcm nak sambung je lagi cuti barang sehari dua...mana tak nyer...my HB masih cuti lagi....1 Oktober baru start kerja...tak aci tau mcm ni....

Malas macam mana pun...kerja tetap kerja....masuk ofis pagi ni pun sunyi sepi jer...sebab officemate yang kg jauh2 tue masih lagi bercuti....semua orang saya tengok macam tak ada mood lagi nak kerja...masih dalam mood raya mungkin...badan je ada kat office..tp hati dan fikiran melayang2 ntah ke mana2.....sama mcm saya jugak la...hehehhe....

Ok la..hari ni kita layan gambar raya yang sempat di 'snap'.....1st raya tahun ni sambut kat umah my mil....huhuhu...


Photobucket

sessi bermaaf-maafan...with my mil

Photobucket

mintak ampun zahir & batin ayah....0-0 eh....

Photobucket Photobucket

Photobucket

cucu kesayangan atok.....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

family photo.....

Photobucket

Photobucket

gelagat si kecil untuk mendapatkan duit raya.....

Photobucket

my mil with her sister...mak teh kg melayu majidee...

Photobucket

with Pak Atan & Mak Enon family....

Petang on d way nak balik kampung...singgah beraya kat rumah HB's best friend...Alo @ Jalan Helang, Larkin Jaya...

Photobucket

HB with Alo.....

Photobucket

My family with very nice Tok Mak...Alo's nanny...

Photobucket

Me with Tok Mak & Alo's wife, Rehan...


That was my 1st day of Raya celebration....pas ni sambung beraya pulak kat kampung saya....yi haaa...!!!!!

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ni merupakan hari terakhir saya bekerja sebelum cuti hari raya selama seminggu bermula esok 19.09.09 hingga 27.09.09. Suasana di tempat kerja pun agak sunyi sebab ramai yang dah mula bercuti sejak semalam...macam saya..badan je kat office tapi hati dan fikiran dah melayang terbang jauh ke kampung...memikirkan persiapan raya yang masih belum sempurna lagi...cadang nya petang ni nak balik kampung parit raja sekejap...nak pasangkan langsir mak and tolong kemas mana yang patut...and esok petang balik semula ke JB sebab tahun ni giliran beraya di rumah mertua...huhuhu....


So..di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan2 siber sama ada yang dikenali mahu pun tidak....semoga lebaran kali ini akan membawa seribu sinar kebahagiaan kepada kita semua. Berhati-hati ketika memandu dan sentiasa ingat orang yang tersayang yang menanti kepulangan kita di hari lebaran...biar lah kepulangan kita disambut dengan air mata kegembiraan...bukan air mata kedukaan...

Thursday, September 10, 2009

Hari ini...20 Ramadhan...raya dah dekat...

Ermmm...lama nyer x update umah ni kan...ntah kenapa sejak2 puasa ni rase malas je nak menulis....tak tau la kenapa n mengapa...????

Pejam celik pejam celik...x sedar yang hari ni dah masuk 20 Ramadhan...makna nyer dah 20 hari kita berpuasa...n x lama lagi hari raya pulak bakal menjelma....maka masing2 akan sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari kemenangan bagi umat Islam di seluruh dunia...bagi yang masih bujang mungkin persiapan yang dibuat ala kadar sahaja...berlainan pula bagi mereka yang sudah berkeluarga...banyak perkara yang perlu difikirkan dan disediakan...lebih2 lagi kalau sudah mempunyai anak...biasanya persiapan yang dilakukan lebih kepada persiapan untuk anak2 sahaja...

Walau apa pun...dalam kita sibuk membuat persiapan menyambut hari lebaran...jangan kita lupa akan ibadat solat terawikh yang juga memasuki 10 malam terakhir ini...yang mana Allah swt telah menjanjikan satu malam yang membawa seribu keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda banyaknya berbanding malam2 yang lain...iaitu malam LAILATUL QADAR....malam yang ditunggu2 oleh semua umat islam....semoga dalam keghairahan kita membuat persediaan hari raya kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah swt untuk sama2 mendapat kenikmatan dan keberkatan malam LAILATUL QADAR yang kita tak akan tahu bila ia akan menjelma....

Bagi saya pulak...setakat ni persiapan untuk menyambut lebaran sudah hampir siap...pakaian untuk suami, Khalisa & diri sendiri sudah pun dibeli....kuih raya pulak cadangnya baru nak mula buat hujung minggu ni...sebelum ni sibuk menyiapkan kuih raya yang ditempah oleh customer saya....n memandangkan tahun ni adalah giliran untuk beraya di rumah mertua...so kalau boleh balik kampung hujung minggu ni saya akan cuba siapkan mana yang termampu untuk rumah mak saya kat kampung...kemas rumah...sapu habuk n sawang2...pasangkan langsir...gubahkan bunga...n kumpulkan stok2 kuih raya....Ya Allah..berilah aku kekuatan dan kesihatan yang baik supaya segala yang aku rancangkan ini dapat dilunaskan dengan baik....Amin....

Tuesday, September 1, 2009

Salam Merdeka...

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-52. Semoga Malaysia akan terus aman dan bebas daripada anasir2 yang jahat sama ada yang datang dari luar atau dari dalam negara kita sendiri.....dan semoga Malaysia terus berada dalam lindungan dan mendapat rahmat dari Allah swt....