Sunday, February 28, 2010

Laksa Johor

Salam...hari ni nak cerita pasal masak2 plak la...jom kita tengok resepi utk kali ini...


Photobucket



Laksa johor ni menjadi antara makanan kegemaran keluarga Mr HB...family aku plak suka makan laksa penang...so nak tak nak aku kena la belajar cara2 nak membuat laksa johor nih...so...godek punya godek..akhirnya aku jumpa resepi laksa johor yang power ni kat myresepi.net...credit utk tuan punyer resepi iaitu freeda_3210...saya mintak izin utk C&P jer kat sini yer...

Aku dah buat beberapa kali dah laksa johor ni & aku stick guna resepi yang ni jer...mmg tip-top rasanya and semua family Mr HB sgt2 menyukainya...memang recommended la utk dicuba resepi ni...


Jom..kita lihat resepinya yer...

Photobucket



Laksa Johor Ori

Credit to : freeda_3210 @ myresepi.net

Bahan-bahan ( 12-15 orang )
•1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
•Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
•udang basah 100gm
•isi ikan kurau - 20 gram dibakar
•1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

*Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
•halia - 2 ibu jari
•lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
•serai - 2 batang diketuk untuk tumis
•asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
•santan pekat 1 kotak / lebih
•1 paket kerisik
•paket kecil rempah kari
•bawang putih -3/4 ulas

**Bahan Hias**
•limau kasturi belah 2 dan buang biji
•timun di racik halus
•tauge buang ekor (segar)
•jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
•bawang besar hiris halus
•lada merah/lada hijau dihiris
•Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
•Kicap kipas udang / kicap manis

** Sambal Belacan
•-lada merah 5/6 biji
•-Belacan melaka - 30 gram dibakar
•Bawang Merah 1 biji kecil

Cara-cara
1.rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan

2.**Penyediaan kuah**
3.Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
4.Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
5.masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
6.masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
7.masukkan asam keping
8.tambah garam dan gula untuk rasa
9.masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk

10.**Sambal belacan**
11.mesinkan semua bahan dan hidangkan

Ok...selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment