Thursday, October 15, 2009

Lawak...Sedih....All In PAPADOM

Photobucket



Semalam lepas baca beberapa review tentang filem terbaru Afdlin Shauki ni di forum Cari..hati saya meronta2 nak pergi menonton filem ni...nak tengok sendiri betul ke filem ni lawak & best sangat2 seperti yg diorang ceritakan dalam forum tu....



So...saya pun terus call HB & tanya kat dia nak tak kita pegi tengok wayang malam ni...??..HB tanya citer apa...???...saya jawab...PAPADOM...la..x der citer lain ke nak tengok..???...best sangat ke citer tu...???...HB dok pot pet pot pet....saya kata nak pegi tengok gak...& at last dia pun kata ok la...biler dah dapat green light..apa lagi saya pun terus call TGV Tebrau City and booked ticket untuk show jam 8.30 malam....x sabar rasanya nak tengok citer ni....




Photobucket


Setelah selesai menonton filem ni...aku terfikir...no wonder la filem ni boleh menang banyak anugerah utama masa Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang buat kat Sabah hari tue....Antaranya Anugerah Pelakon Lelaki & Wanita terbaik....and memang betul la review2 yg kata filem terbaru Afdlin ni yg terbaik pernah dihasilkan...Tabik spring la kat Afdlin ni...memang otak intelligent dia nih...

Papadom mengisahkan keprihatinan seorang bapa bernama Saadom lakonan Afdlin menuruti wasiat arwah isterinya, Munirah (Noorkhiriah) agar menjaga baik-baik anak mereka iaitu Miasara

Menariknya, keprihatinan Saadom itu melebihi segala-galanya sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk bekerja sebagai tukang kebun untuk mengintip perlakuan Miasara yang dilakonkan oleh Liyana Jasmay sepanjang anaknya itu berada di universiti.

Semuanya adalah demi memastikan Miasara tidak terjebak dengan kegiatan tidak bermoral, sementelah anaknya itulah satu-satunya sahabat Saadom setelah kematian Munirah.

Tatkala di universiti, Miasara yang ketika itu baru merasakan bebas daripada pemerhatian bapanya cuba digoda oleh Hisham (Farid Kamil).

Tanpa disedari Miasara, Saadom yang dibantu dengan kehadiran kelibat arwah isterinya sentiasa menyusun strategi bagi menggagalkan usaha Hisham untuk menambat hati Miasara.
Kehadiran Noorkhiriah selaku penghidup watak Munirah cukup mencuit hati penonton bagi elemen komedi yang diselitkan dengan lakonan bersahajanya.

Begitu juga dengan lakonan Que Haidar yang membawakan watak sebagai Mat.

Penutup segala kerancakan komedi yang dihidangkan, Papadom akhirnya mengakhiri kisah dengan elemen menyentuh perasaan tatkala Miasara mengetahui bapanya selama ini sanggup bekerja sebagai tukang kebun semata-mata ingin ‘menjaga’ kehidupannya di universiti.


Filem ni memang banyak terselit pengajaran di dalam nya walaupun ia disampaikan secara komedi bersahaja...and di samping lawak yang disajikan...ia berjaya membuatkan air mata saya mengalir laju, terutama bila part last2 tue...bila Saadom menangis teresak-esak waktu dia menjelaskan kepada Miasara kenapa dia sanggup berbuat apa saja demi anaknya tue...memang touching habis beb bab ni....pas tue lagi satu part yg buat saya sedih bila roh isteri Saadom, Mun tanya kat suaminya...kenapa Saadom tidak buat perkara yang sama ketika dia masih hidup....huhuhu.....and lagi satu of course watak Wajib Tayang lakonan Que Haidar yang memang menjadi & membuatkan citer ni lebih menarik dan hidup....


Pada saya citer ni memang best and berkualiti...menonjolkan semangat 1 Malaysia...semangat setia kawan...and yang utama adalah kasih sayang seorang bapa kepada anaknya...yang mana tidak mampu diluahkan dengan kata2...tapi hanya melalui perbuatan...


Kepada yang belum menonton filem ni...percaya la...anda semua tidak akan merasa rugi melabur RM10.00 untuk menonton nya di panggung wayang...sokong la filem2 yang bagus & berkualiti macam ni...and to Afdlin Shauki...teruskan la menghasilkan karya2 yang bermutu and berkualiti demi memastikan industri perfileman tanahair tidak ketandusan cerita2 yang bagus mcm ni....


Congrate to Afdlin Shauki & all the team...


*** pic & sinopsis credit to syahrilkadir.wordpress.com

No comments:

Post a Comment