Thursday, December 24, 2009

Yea...Yea...Cuti....

Hai....best nyer sebab esok tak kerja...cuti sempena Krismas....apa aktiviti korang semua..???...



Saya gi mana eh....???....esok ingat nak gi Angsana la belah pagi...nak ronda2 cuci mata....sambil2 menipiskan pocket HB....hehehhe.....



Yang lecehnyer...sabtu saya kena kerja plak...kalau tak keja kan dapat sambung cuti sampai 3 hari kan....sabtu jugak HB ada undangan utk jd DJ kat majlis kahwin adik member dia kat Kg Pasir....nampak gaya nyer memang x ke mana la cuti ni...masing2 ada program sendiri...huhuhu....



My sis ajak saya & HB gi KL sabtu ni....gi rumah abang long saya kt Balakong....mcm best jgk kan rancangan ni...tp takut jem la highway nak ke KL....nak2 kat seremban/nilai tu...manjang jamm...boring betul.....maklum la cuti Krismas kan....org seberang tambak sure ramai punyer masuk Malaysia....biasa la diorang...naik Genting la mana lagi kan....



Tak decide pun lagi nak gi KL ke tak weekend ni....tgk la nanti cam na....



Ok semua...happy holiday.....

Wedding Part 2 : The Big Day...

Hari yang dinanti telah tiba.....majlis hari tuh berlangsung dengan meriah sekali....kehadiran tetamu pun saya tengok tak putus2....sampai tak menang tangan penanggah semua nak mengemas meja....

Cuaca pulak sebelah pagi sampai tengahari ok....x panas sangat...cuma sebelum pengantin berarak adalah hujan renyai sikit tapi tak lama pun....then habis je pengantin bersanding & makan beradap...hujan pun turun...lebat sgt2....tp nasib baik majlis dah hampir selesai...tinggal lagi saudara mara je yg asyik berkaraoke...masing2 syok sendiri nyanyi....tuh yg hujan makin lebat tuh...hehhehe....

Jom kita layan gambar yg sempat saya snap sepanjang majlis tuh....layannnzzzzz........

Photobucket

pagi tu ada majlis khatam Al-Quran untuk anak my sis, Icha & cousin dia, Sabrina....majlis berjalan lancar...Icha pun dapat mengaji dengan lancar dan baik....memang ada tokoh la nak jadi ustazah nanti ye Cha...hehehe...

Photobucket

Icha & Sabrina...posing sebelum majlis khatam bermula....

Photobucket

Icha ngan kengkawan pengiring dia yg diimport dari kampung...hehheh...habis dia angkut best friend dia semua...Hajar...Fatin...& Zafira....Khalisa pun menyibuk sama nak bergambar....


Photobucket

Ha...Ni la dia tuan rumah aka bapak pengantin.....Pak Ismail @ Tok Mail...amacam...handsome x....hehhe....


Photobucket

Mak pengantin nyer mana....???...tu ha yg dok kat tengah tue....Mak Mon @ Tok Mon....beso beg nak isi duit salam kaut tuh....huhuhu...


Photobucket

yang ni plak is moyang pengantin....nama x ingat....kitorang panggil nenek jer....masih sihat & panjang umur dia eh....cucu cicit dah ramai ni....


Photobucket

my sis...me...icha...kak noi...sabrina...


Photobucket

me & Irfan...

Photobucket

my mak & sistar....muka poyo je kan....mengantuk la tuh....


Photobucket

me & HB....pengantin lama...huhuhu....


Photobucket

Khalisa tu sibuk nak enterframe gak....

Photobucket

me & my sis ni mmg suka posing...teringin nak posing kat pelamin...


Photobucket




Ketibaan Pengantin....



Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



Kesimpulannya...memang meriah la majlis hari tuh...majlis berjalan dgn lancar...hujan lebat turun pun selepas pengantin habis makan beradab....


Pas habis je majlis...saya pun terus balik ptg tuh jugak....sampai rumah kg dalam kul 6.00 ptg....penat jugak rasanya badan ni...nasib baik masih ada cuti lagi satu hari...dapat la berehat...


Ok...jumpa lagi next entry....

Tuesday, December 22, 2009

Wedding Part 1 : Persediaan

Cerita pasal majlis kahwin ni...hai...banyak betul undangan yang saya terima....dari kawan2...kawan HB...saudara-mara...& undangan dari jiran sekampung...yang mana dekat2 tue dapat la kita datang...tp yg mana jauh tue mcm undangan dari kawan HB...buat majlis kat Kedah & Putrajaya...x dapat la kami pegi....minta maaf la banyak2 pada tuan rumah & pengantin yer....

Ni saya nak story pasal majlis kahwin yang saya terlibat secara tak langsung dalam membuat persiapan majlis....majlis telah diadakan pada 19.12.09 yang lepas kat Kg Paya Mas, Tangkak....yang buat kerja kahwin ni actually mak mertua kakak saya...adik ipar lelaki my sis ni nak kahwin....

Macam mana saya boleh terlibat ...???.....Ermm...my sis ni kalau bab2 nak buat kenduri ni kan...nak2 kalau kenduri tuh kat belah suami dia...kalau boleh macam2 benda dia nak buat and bagi sebagai sumbangsih....kali ni dia nak menyumbang telur pindang...bahulu...cupcake & 10 ketul kek coklat....nanas untuk buat parjeri pun diimport dari kampung saya....so...bayang kan la berapa banyak kerja yang nak kena buat....so...my sis dah paksa saya untuk ambik cuti hari khamis 17hb tuh...and paksa saya balik kampung cepat2 untuk tolong dia....sebab my sis nak balik Tangkak pagi Jumaat tu...nak bawak skali semua barang2 sumbangan dia....

Dipendekkan cerita...pagi Khamis tuh lebih kurang pukul 10.00 am saya balik kampung...berdua je dengan Khalisa...HB ada keja nak kena buat pagi tuh...so dia akan balik kampung belah petang naik bas....sampai kampung dalam pukul 12.00pm...rehat2 kejap...jam 1.00pm terus mula buat bahulu...siap buat bahulu dah pukul 7.30pm...pukul 8.30pm sambung plak buat cupcake....cake coklat & cake oren....siap packing & kemas2 semua...skali tgk jam dah pukul 5.00am....la...dah subuh rupanya....huhuhu....penat gilerrr.....nasib baik HB sudi temankan saya buat keja and tolong2 packing cupcake & cake tuh....TQ laling....

Photobucket

Photobucket

by the time saya sampai kampung tghari Khamis tuh...telur pindang pun dah tertenggek atas dapur......banyak jugak dia rebus telur pindang....500 biji....kena guna dua periuk....my sis rebus telur pindang ni hari Rabu petang....Khamis malam baru boleh angkat...lama kan nak buat telur pindang ni...kalau ikutkan 2 hari 2 mlm baru boleh angkat...nak bagi rempah dia lagi sebati & telur tahan lebih lama....


Photobucket

Photobucket

ni plak bahulu yang dah siap packing sebanyak 500 bungkus...sebungkus kitaorang isi 3biji...ok la tue kan...jenuh juga nak packing kecik2 ni....rasa mcm x siap2....tue yg sampai pukul 7pm baru siap sume....

Photobucket

dalam sibuk2 buat bahulu utk mil my sis....sempat jugak tuh ambik order dari abang saya...dia nak 1000pcs bahulu nak buat sumbangan majlis kahwin jugak katanya....nak hantar hari jumaat jugak....tp nasib baik yg ni dia suh packing 50pcs/pack....selamat....

Photobucket

Photobucket

cupcake coklat sebanyak 500 pcs jugak....siap packing....

Photobucket

Photobucket

chocolate moist cake.....saya buat 7 buku semuanya....

Photobucket

buttery orange cake....yang ni saya buat 6 buku....

itu la cerita persiapan kawin yg saya maksudkan...mak saya kata apa tau....'rumah orang lain yg buat kerja kawin...tp rumah kita plak yang sibuk & bersepah mengalahkan tuan punya majlis'.....huhuhu....nak buat mcm mana mak...redha je la yer.....huhuhuh....

kita sambung nanti eh....

Monday, December 21, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Rasa nyer masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1431 Hijrah....semoga dengan kehadiran tahun baru yang sebenarnya bagi kita umat Islam ini akan membawa keberkatan dalam setiap apa yang ingin kita lakukan.

Bagi diri saya sendiri...saya mengharapkan agar dengan kehadiran tahun baru Hijrah ini...kehidupan saya sekeluarga akan menjadi lebih baik...bahagia...dilimpahkan rezeki...dan sentiasa hidup dalam lindungan dan keberkatan Allah swt.....Insya-Allah....

Di sini saya titipkan rencana berkenaan dengan bulan Muharram untuk renungan dan panduan kita bersama....


MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun:

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...


Waktu membacanya:

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."


Doa awal tahun:

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

Berikut adalah Doa Awal Tahun :

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...


Waktu membacanya:

Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."


Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Rencana dipetik dari : www.ashtech.com.my


Renung-renungkan dan selamat beramal......!!!



Monday, December 14, 2009

Sepetang di kebun EMBAH

Memang seronok bila menghabiskan waktu hujung minggu kat kampung..banyak aktiviti boleh dilakukan sebenarnya...tinggal lagi rajin atau tak jer....


Semalam...ajak Khalisa pusing2 keliling rumah..hajat nyer nak kutip buah limau kasturi yang tengah lebat berbuah...and dah masak2 semuanya...ada gak yang dah gugur sebab tak de sape nak kutip....


Bukan main seronok Khalisa bila saya ajak dia gi kebun...maklum la kan...kalau kat JB mana nyer nak jumpa kebun mcm ni....


Photobucket

Photobucket
sebelum petik limau...kita posing dulu dengan model kecik ni....heheh...

Photobucket
ni la dia antara pokok limau kasturi yang ada kat keliling rumah mak saya ni....

Photobucket

Photobucket
pokok nyer rendang je...tp boleh tahan lebat gak buah nyer...

Photobucket

Photobucket
Khalisa in action....saya suruh dia petik yang besar2 & yg dah masak...tapi habis yg putik2 pun dia gi petik...huhuhu....

Photobucket
ni la hasil separuh dari sepohon pokok limau kasturi yg rendang....x habis petik pun sebenarnya....

lepas petik limau kasturi...pusing2 lagi keliling rumah...and nampak pokok jambu air pun dah berbuah & dah pun masak2 semua jambu tue...

Photobucket

Photobucket

tapi buah nyer x berapa nak elok...mungkin sebab cuaca kot...sekejap panas...sekejap hujan...pas tue banyak yg kena makan dek serangga....

Photobucket

Photobucket
ni plak pokok ciku yang saya tanam...kalau x silap saya 5 tahun yg lepas kot ....lepas 2 tahun baru dia nak berbuah...x banyak sgt pun buahnyer...tp sentiasa ada....

Photobucket

Photobucket
ciku ni jenis yang besar & lonjong....manis sangat buah nyer....sedappp....

Photobucket
yg ni plak...pokok kecik je...tp dah berbuah....

sibuk tangkap2 gambar pokok2 buahan keliling rumah...x sedar jam dah pukul 6.45pm...patut pun nyamuk makin banyak...dah nak maghrib rupa nyer....huhuhu....

sekian entry kali ni....


Khalisa & her new bicycle

Suka betul Khalisa bila ayah dah menunaikan impian nya untuk memiliki sebuah basikal baru....dah beberapa bulan lepas sebenarnya dia mintak dibelikan basikal baru yang lebih besar...kecik2 lagi dah pandai mintak dibelikan itu ini....bukan apa..dia sebenarnya dah terbekenan dengan basikal sepupu dia kat kampung...si Irfan tu....bila balik kampung Khalisa aja la yg conquer basikal Irfan tue...sampai tuan punyer basikal tak dapat naik....kadang2 tue sampai menangis dibuatnya sebab berebutkan basikal....hai...budak...budak...


Kalau ikut my HB dah lama dah dia nak belikan basikal untuk Khalisa ni...tp saya tahan dulu sebab Khalisa pun still belum pandai nak mengayuh...kang satu hal pulak kita nak kena menolak nyer....tak kuasa tau....tapi bila dah lama2 dia dok praktis guna basikal masa baby dulu...dah pandai mengayuh rupanya anak mama ni....tue yg HB pun excited sgt nak beli basikal baru untuk anak dara sorang ni....



So sabtu lepas tercapai la impian dia....punyer la excited anak ngan bapak...pagi lagi dah keluar pekan Parit Raja...bila tanya nak gi mana....Khalisa jawab dgn pelat2 dia tue..."adik nak li sikal....ayah nak li sikal adik la ma...."....dia siap ajak saya lagi gi teman dia bli basikal....



Sampai pekan terus tuju kedai yg dimaksudkan...BABY SHOP....la rupa nyer kedai belum bukak lagi la...tgk jam dah pukul 10.30 am...x kan x bukak lagi...rupanya kedai ni bukak pukul 11 pagi....kena la ronda2 pekan dulu nampaknya...dah penat pusing2 sampai x tau dah nak gi mana....tgk jam pun dah pukul 11.30 am...so ajak HB gi BABY SHOP balik..sampai je depan pintu kedai...budak2 kedai tgh sibuk keluarkan basikal utk letak kat tmpt display....apa lagi menjerit la si Khalisa...dah tak sabar2 dah dia....



Lepas pilih punya pilih...& tanya Khalisa dia nak basikal yg mana satu...maka ini la pilihan anak dara ku yang sorang ni....

Photobucket
warna merah juga pilihan nyer...cantik la jugak kan....& kopak duit ayah rm80.00 utk bicycle ni....tp saya rasa harga ni boleh kata murah la jugak kalau nak compare dgn harga kat JB...saya tgk bicycle mcm ni nak dekat RM130 jugak harga nya...jimat rm50...bleh buat isi minyak keta & byr tol balik jb nanti...heheheh....

sampai je rumah terus Khalisa melakukan uji pandu....hehehe...jom kita layan pelbagai aksi anak dara ni dgn basikal idaman nyer....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

itu la alkisah nyer....seronok bukan main dia bila dh dapat toy baru....x de la boring sangat kan....yg best nyer apa tau...sejak ada basikal baru ni....dia jadi kuat makan pulak....bila makan nasi tue selalu x habis...kali ni makan satu pinggan boleh habis...kata HB mungkin dia penat kot sebab mengayuh basikal x berhenti....tue yg perut lapar je tue....hehehhe....bagus jugak kan mcm tue...kalau x bukan main payah lagi nak suruh dia habiskan bila makan nasi....huhuhu....